<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d5611340011871902986\x26blogName\x3dtrader+online\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://forex-make-money.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3dfr\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://forex-make-money.blogspot.com/\x26vt\x3d1565892524653196201', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <div id="space-for-ie"></div> <div id="space-for-ie"></div>

Mencari pengalaman

Saturday, March 17, 2007
-klik banner untuk mendaftar di bawah referrel saya dan anda akan dibimbing melalui YM

Nampaknya blog aku ini sudah menjurus kearah mempelajari selok-belok trade dalam Forex...aku sememangnya sangat berminat dengan perniagaan, tidak kiralah apa jua perniagaan sekalipun. Aku ingin mencuba sesuatu yang baru dalam hidup ini dengan mencari pengalaman seluas-luasnya dalam bidang yang aku rasakan patut diterokai oleh golongan seperti aku ini.

Dalam dunia yang memerlukan kita bersaing dalam apa perkara sekali pun kita tidak boleh membiarkan orang lain terkehadapan meninggalkan kita jauh kebelakang. Walaupun baru bermula tetapi langkah ke seratus bermula dengan langkah yang pertama secara berdikit-dikit dalam memperkayakan pengalaman yang akan ditempuhi.

Ada orang mengatakan newbie tidak sepatutnya mengganggu orang lama yang telah lama memulainya..tetapi bagi aku itu semua anggapan yang boleh melemahkan semangat untuk bersaing. Aku ingin menjadi seorang yang profesional dalam bidang ini supaya boleh membangunkan masyarakat dengan pengalaman yang ditimba dengan perasaan minat yang mendalam.

Berapa ramai yang mampu untuk berhadapan dengan realiti kehidupan sekarang ini yang begitu pantas berlari dengan pertumbuhan perkara-perkara baru dalam masyarakat. Sesetengah manusia hanya mampu mengikuti rentaknya sahaja tanpa mampu mengaplikasikan dengan saluran yang tepat dalam penilaian sesuatu masalah dengan menghukum mudah tanpa mengkaji dengan lebih teliti terhadap apa yang timbul.

Jika sesuatu perkara tersebut tidak betul pada pandangannya mestilah disandarkan dengan kajian yang mendalam untuk meyakinkan mereka yang terlibat tanpa ada perasaan dengki dan emosi dengan kenyataannya dan jika ternyata terbukti benar telahannya kita akan meninggalkan perkara tersebu kerana kita sendiri pun akan senang hati dengan tindakannya yang cakna dalam hal ini.

Aku akan terus mengkaji dengan mendalam sebelum memutuskan realiti perkara tersebut memandangkan sekarang ini ramai dari kalangan masyarakat kita yang bergabung dengannya dan memerlukan penjelasan yang jitu dan konkrit dalam memutuskannya.

Labels: , ,

Result terbaru dari Marketiva

Wednesday, March 14, 2007
-klik banner untuk mendaftar di bawah referrel saya dan anda akan dibimbing melalui YM



p/s : Pelajari teknik Al-Kiram ini dengan menghubungi saya di YM : haziq_fakhri

Labels: ,

Bukan setiap masa sesuai untuk trade

Semakin lama bermain Forex semakin kita tahu akan selok belok dunia memorex ini. Bagi aku kehidupan sebagai pemorex sungguh teknikal sekali yang mana perlu memahami betul-betul trend pergerakkan harga dan menganalisis graf dengan baik sebelum mengambil keputusan untuk membuka post.

Peluang biasanya selalu ada untuk kita mendapat profit tetapi perlu diingat bukan setiap masa merupakan masa yang sesuai untuk trade. Selalunya kita akan teruja dengan pergerakan harga yang menyebelahi kita berdasarkan analisis yang telah kita buat dengan merasakan itu adalah masa yang sesuai untuk kita membuka sebanyak-banyaknya post untuk trade tanpa kita sedari bahawa trend tersebut tidak selalu akan betul dengan jangkaan kita.

Walaupun memang kita telah mengikuti trend semasa membuka post tetapi pergerakan harga mengundur sedikit sebelum pergi lagi ke hadapan selalu akan membuatkan kita cemas jika mempunyai modal yang kecil yang tidak dapat menghalang margin call diberikan kepada kita.

Sebab itu lah aku disarankan oleh guru aku supaya menggunakan hanya 10% sahaja dari keseluruhan modal, ini untuk mengelak kita tidak kehabisan semua modal jika harga tersebut akan mengundur sedikit sebelum mencapai sasarannya.

Tunggulah signal dari teknik yang kita pakai dengan menganggap indicator tersebut adalah sebagai bos kita dalam memorex, jika kita melakukan pekerjaan tanpa disuruh bos kita nanti salah atau tidak betul tentu akan dimarahi bos kita!

Perlu diingat bukan setiap masa adalah masa yang sesuai untuk kita mendapat keuntungan tetapi dengan berdisiplin iaitu sanggup menunggu masa yang sesuai untuk membuka post akan menjadikan kita seorang trader yang berjaya selamanya.

Labels: , , ,

RAHSIA FOREX DEBTFREEDOM

Wednesday, March 07, 2007


Setelah sekian lama bertapak di dalam dunia forex dan pernah melalui pelbagai pahit maung ketika di awal pembabitan sehingga sekarang,di atas permintaan ramai terutama daripada Malaysia trader telah tercipta ebook di dalam bahasa ibunda bermula dari basic skill sehingga ke expert trading.

Bermula dari perkongsian ilmu secara tutorial iaitu mengajar trader-trader malaysia dengan membuat kelas, kini ingin saya perkembangkan segala ilmu di dada untuk tatapan semua pihak di mana ebook yang tercipta adalah hasil daripada pelbagai teknik yang di gabungkan menjadikannya satu signal yang amat hebat untuk menjana pendapatan yang cukup memberansangkan.

“PROFIT IN PROFIT” merupakan pendekatan hebat dari program ini di mana setiap pembeli layak mendapat pendapatan sampingan dengan menyertai affiliate program untuk meraih 15% dari hasil tajaan bergantung kepada ebook yang di beli dan juga keuntungan daripada hasil trade harian atau long term trade.

Anda juga akan di beri indicator-indicator tertentu dimana ianya tidak terdapat didalam chart meta trader 4 dan ini merupakan jalan pintas untuk anda mendapatkan indicator-indicator terbaik untuk keputusan paling tepat di mana tanpa perlu menghabiskan beribu ringgit untuk mengikuti kelas forex yang di anjurkan oleh sesetengah pihak sehingga mencecah RM1000 – RM2000 hanya untuk mempelajari crossing line signal, rasanya amat tidak berbaloi untuk trader2 baru.

Sebagai menghargai sambutan dari anda semua, pihak kami telah menyediakan forum sebagai platform untuk anda berbincang dengan saya pelbagai masalah dan mencari jalan penyelesaiannya. Signal juga saya akan bekalkan secara percuma di masa-masa yang di rasakan sesuai untuk memasuki position.


p/s: Ingin mengetahui rahsia forex debtfreedom yang telah menggegarkan dunia forex di Malaysia klik sini


Anda tentu tersenyum dengan pendedahan ini!!!




Labels: , , ,

Masuk live Forex

Monday, March 05, 2007
Hari ini pertama kali aku memasuki trade live dalam Forex menggunakan platform Marketiva. Untuk hari pertama ini aku meminta Abe Nik transfer $50.00 ke dalam akaun egold aku untuk memulakan trading.

Aku sebenarnya telah yakin dengan teknik yang telah Abg Nik ajar aku disamping membaca ebook dan forum yang berkaitan dengan Forex. Walaupun aku masih lagi belum mampu memahami sepenuhnya pergerakan harga tetapi dengan bantuan yang dihulurkan oleh Abg Nik moga-moga akan memudahkan aku mengharungi dunia Forex.

Kalau nak kira baru sebulan aku mengenali Forex...huhu...tapi takper aku nak buktikan pada seseorang itu yang aku boleh berjaya dengan Forex walaupun masih baru dalam arena Forex ini. Aku tidak boleh berlagak macam orang yang pakar dalam menganalisis harga sebaliknya aku perlu berusaha untuk memahamkan trend pasaran.

Pesan guru aku :

10 RULES UTK BEGINNER ( NEWBIE )

1 ) LUPAKAN NEWS, TUMPUKAN ANALISIS CARTA
Kita tak terrer lagi nak tahu sejauh mana news tersebut dapat mempengaruhi harga pasaran.

2 ) BELI PADA HIGH YG PERTAMA, SELL PADA LOW PERTAMA

Jangan ketinggalan pada bot yg pertama.

3) IKUT TREND

Sentiasa ikut pergerakan besar trend harga. Jangan sesekali menderhaka.

4) PERCAYA KEPADA INDIKATOR

Anggaplah indicator anda sebagai majikan/bos. Jalankan arahan mengikut apa yg telah ditetapkan. Kalau tak ikut..potong gaji (loss) haha..

5) IKUT APA YG ADA DEPAN MATA

Jangan sesekali terpengaruh dengan prediction atau ramalan orang lain.. Ikut apa yg kita tahu dan setia pada yg satu.

6) TRADING DGN KEUNTUNGAN

Gandakan deposit anda, trade profit sampai lebam.. Don’t invest what u can afford to lose..(ayat tersohor masakini )

7) TRADING MENGIKUT KEMAMPUAN DIRI

Jangan trading mengikut nafsu dan berfikir seolah ‘POWER’ atau sentiasa nak play ‘BIG’ melainkan korang ni anak beranak buffet atau datuk anda Donald trump.

8 ) SENTIASA ADA TARGET

Letakkan target keuntungan anda utk sehari..apabila target dh sampai. STOP trading.. Pegi main lompat galah atau menonton buletin utama bersama keluarga.


9) KERUGIAN DAN KEUNTUNGAN

Jangan bencikan kerugian. Kerugian menandakan kita belum ‘PERFECT’ 100%. Manakala jadikan keuntungan yg diperolehi sbgai dorongan. Dorongan untuk meningkatkan ke per ‘PERFECT’ tan kita.

10) FOREX DAN HOLY GRAIL

Tiada Holy Grail dalam mana-mana aspek pun didunia ini…Ada pasang, ada surut, ada siang ada malam, ada sambal, ada belacan. Dn sudah tentunya, dlm forex ada kerugian, keuntungan. Yg penting, kebaikan dicari, keburukan dijadikan teladan.

p/s: Sertai komuniti Al-Kiram untuk mempelajari selok belok berkaitan Forex

Labels: , , ,

Kalaulah real...huhu

Friday, March 02, 2007

Pendapatan hari ini...hohoho...nasib baik virtual..ye la kan masih belajar...

Sesape ingin mengetahui teknik ini daftar melalui ref saya ini

dan hubungi YM : haziq_fakhri

Labels: , ,

Join Marketiva for free USD 5

Wednesday, February 28, 2007


Ingin belajar melabur...dan mendapatkan USD 5 percuma, sertai Marketiva sekarang.

Anda akan dibantu setelah mendaftar melalui ref ini..

Gunakan kupon ini semasa mendaftar :

R9WRGE773S, C26T980EU1, 5R8RPT81IJ, P969SWH9TC,
2V35SL189Y, PI2TOSRV4R, XCCHK7B753, SBL3SBJZ3N,
XRZNYBR1HG, LTYA7RHIOP, BNWQTRH90T, XWLI8BJQOW,

hubungi YM : haziq_fakhri

Labels: , ,

2 minggu dengan Forex

Wednesday, February 21, 2007
Rasanya sudah 2 minggu lebih aku bermain dengan Forex, aku membaca dan mengkaji apa sahaja yang belum terungkai melalui bertanya dengan mereka yang berpengalaman, membelek forum dan membaca ebook English dan Melayu.

Dalam masa ini aku masih lagi tidak mampu untuk membaca pergerakan trend dan perubahan yang akan berlaku. Aku masih lagi mencari teknik yang sesuai untuk memudahkan aku mengharungi dunia Forex dengan tenang.

Aku meletakkan matlamat aku 2 minggu lagi untuk mengkaji dengan bersungguh-sungguh untuk memahami trend pasaran disebabkan selepas ini aku tidak mempunyai banyak masa untuk memikirkannya sepenuh masa berikutan kuliah yang perlu diutamakan.

Sekarang ni pun aku masih lagi sibuk mengatur perjalanan majlis gabungan walimah kawan aku dan akikah yang akan dilaksanakan pada hari Khamis ni 22/2/07, orang dah lantik kita jadi Pengarah jadi kenalah beri komitmen yang padu untuk kemeriahan majlis dan kegembiaraan semua pihak.

Labels: , ,

Belajar Trade Forex

Tuesday, February 13, 2007
Dalam masa 2 hari aku belajar trade dalam pelaburan Forex ini dengan menggunakan duit virtual memberikan gambaran kepada aku bahawa betapa tinggi risiko yang perlu dihadapi oleh mereka yang berani menceburkan diri dalam Forex ini jika menggunakan duit sebenar.

Bagi aku sesiapa yang mudah diserang lemah jantung..hoho..baik takyah le masuk untuk menorex sebab risiko yang perlu ditanggung bukan kecil tetapi sebesar gunung Tursina..lol...yang perlu dipikul.

Tapi ini bagi mereka yang memasuki trade tanpa ilmu pengetahuan sedikitpun dalam menorex ini, bebeza dengan mereka yang mahir dan sudah lama bergelumang dengan dunia Forex mereka tidak akan terlalu emosi melayan fikiran berikutan apa yang disangka tidak mencapai matlamat.

Betullah kata guru aku, masa yang perlu diambil dan dihadam betul-betul dalam bermain dengan virtual ini bukanlah sedikit dan sekejap tetapi sekurang-kurangnya 3 bulan dan dia sendiri mengambil masa 6 bulan berlatih virtual sebelum memasaki pasaran sebenar.

Aku kena tumpukan betul-betul pada masa latihan ini dengan mengkaji kenapa guru aku memberikan signal-signal tertentu bagi membuka post bagi satu-satu masa. Aku hanya diajar cara menganalisis graf menggunakan indicator-indicator tertentu sahaja untuk permulaan ini. Apapun perjalanan aku masih jauh dengan Forex ini dan aku hendak buktikan aku boleh lakukan serta boleh membuka post dengan yakin dan menanti warna kehijauan muncul di skrin monitor!



Labels: , ,

Belajar FOREX

Monday, February 12, 2007
Rasanya dah lama aku tidak mengupdate blog ini, bukan apa tapi memang sibuk betul-betul kebelakangan ini. Satunya sibuk menguruskan kawan aku yang akan kahwin sikit hari lagi dan satu lagi sibuk study Forex!

Sejak aku berjumpa dengan Abg Nik kat sini aku tidak melepaskan peluang untuk mempelajari selok-belok pelaburan Forex dengannya. Memang Abg Nik tidak kedekut dengan ilmunya buktinya dia sanggup mengajar aku yang buta kayu ni dari awal lagi hehe..

Aku pun sekarang ini bukanlah mahir lagi dalam Forex ini sebab baru je bermula dari zero berkaitan Forex tapi alhamdulillah sekarang ini aku mulai faham sedikit sebanyak pasal Forex ini, ok sekarang aku nak terangkan apa yang aku faham berkaitan Forex ini.

Forex singkatan kepada Foreign Exchange merupakan salah satu sumber pendapatan kepada internet marketer atau pelabur-pelabur yang menjalankannya melalui online sahaja, ianya termasuk di dalam perniagaan internet yang boleh dijalankan dirumah melalui sebuah komputer dan sambungan internet untuk berurusniaga.

Ia membolehkan kita memperdagangkan mata wang asing dengan mudah yang mana sebelum ini hanya mereka yang mempunyai modal besar sahaja boleh melabur dalam Forex ini tetapi sekarang banyak sekali platform ditubuhkan untuk memudahkan orang ramai turut sama melabur.

Malah ada platform yang menawarkan serendah $1 untuk memulakan pelaburan dan yang lebih menarik ia turut memberikan $5 kepada kita sebagai galakan memulakan trade di platformnya. Marketiva merupakan platform asas untuk pelabur mamahirkan diri dalam dunia pelaburan. Dengan duit virtual-duit yang tidak boleh diwithdraw- sebanyak $10000 boleh digunakan sebagai latihan sebelum memasuki dunia pelaburan yang sebenar dengan berbagai risiko menanti kita.

Tetapi jika kita mempunyai ilmu dan teknik-teknik yang tertentu kita tidak perlu risau dan runsing untuk meneruskan rancangan kita yang telah di lengkapi dengan ilmu yang mantap dalam dunia Forex. Sebelum mendapat hasil yang lumayan dalam pelaburan Forex ini kita perlu mencari ilmu dengan membaca dan bertanyakan kepada yang pandai ataupun mencari seorang mentor untuk menolong kita.

p/s: Alhamdulillah aku dah jumpa dengan mentor untuk ebiz khususnya Forex kat Mesir ini dan kalau sesiapa hendak belajar silalah berhubung dengannya disini ataupun melalui murid kanannya ini :D
p/s: gunakan kupon ini semasa mendaftar akaun Marketiva

R9WRGE773S, C26T980EU1, 5R8RPT81IJ, P969SWH9TC,
2V35SL189Y, PI2TOSRV4R, XCCHK7B753, SBL3SBJZ3N,
XRZNYBR1HG, LTYA7RHIOP, BNWQTRH90T, XWLI8BJQOW,

Labels: , ,